! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

Sesuatu Yang Aku Suka

Aku lebih gemar membaca novel2 yg berkaitan dgn khidupan sbgai seorg remaja... Pada pendapat aku, novel memberi inspirasi kpd aku utk membentuk keperibadian aku sbg seorg pelajar, anak dan perempuan..

Aku lebih mengutamakan pelajaran walau apapun yg terjadi..Ibu selalu berpesan ilmu dan pengetahuan akan membimbing kita ke arah kejayaan..

Siapa yg tidak ingin berjaya dlm hidup??Aku pasti semua org ingin kejayaan...Tapi pernah kita cenderung ke arah itu?? Tidak...Daripada novel juga aku dpt nilai2 positif yg aku boleh sematkan di dlm diri aku...

Secara tidak langsung aku dapat menambah kosa kata dan meningkatkan lagi tatabahasa aku dlm bahasa melayu mahupun inggeris.

Aku juga gemar mendengar lagu..Genre lagu yg aku suka seperti lagu balada, pop..Aku juga memeinati nasyid dan mcm2 lagi.
Bagi aku, muzik dpt memberi ketenangan kpd ku di smping aku mghyati maksud lagu tersebut..Terkadang aku membayangkan seperti aku yg menyanyikan lagu tersebut..





♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Pengorbanan

Berkorban???
 Merelakan sesuatu kejadian? memberi peluang kepada orang lain? Melakukan sesuatu terhadap orang lain? Itu ke pengorbanan?

Aku tidak mengerti maksud sebenar pengorbanan tetapi aku tahu pengorbanan itu seperti apa..
Penat lelah kedua ibu dan bapaku mencari rezeki dan nafkhah hanya untuk menyara aku dan adik beradik...
Mereka membesarkan kami dan mendidik kami agar menjadi orang yang berguna dan dapat berbakti kepada mereka, bangsa, masyarakat dan jua negara...

Pengorbanan mereka sangat besar dan bermakna dalam hidup aku...Mereka tidak mengharapkan balasan harta di dunia ini melainkan aku menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat...
Aku tidak akan melupakan pengorbanan mereka dan aku berjanji akan cuba meralisasikan harapan mereka.

Ibu: Banyak sangat pengorbanannya...Melahirkan aku ke dunia ini agar aku dapat melihat keajaiban dan kebesaran Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung...Membesarkanku sepanjang 14 tahun ini dengan susuh payah...Melayan karenah aku yang inginkan itu dan ini...Merawat dan menjagaku semasa aku sakit.

Bapa: Mengiqamatkan aku setelah aku lahir di dunia ini.Menjaga aku semasa kecil dahulu.Menghantar aku ke sekolah.Memberi nasihat kepada aku...Tempat aku mengadu dan menceritakan masalah aku.

Abang-abang dan adik perempuanku: Merekalah teman sepermainan aku sewaktu kecil. Teman curahan perasaanku. Mereka jua lah yang menjadikan hidup aku ceria di rumah dengan usikan mereka. Walaupun terkadang mereka agak keterlaluan kepada ku tapi kasih dan sayang mereka kepada ku tidak pernah luntur.

Semua itu adalah lumrah kehidupan yang aku telah lalui..Aku sentiasa berdoa kepada Allah agar kami sekeluarga dapat menjadi keluarga yang bahagia di duinia dan di akhirat kelak...Amin Ya Rabbal Alamin...



♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Saat Berdebar Telah Berlalu

Hmmm...keputusan ujian 1 pon dah keluar...aku dah berjaya mendapat 8A dalam ujian kali ini...Alhamdulillah...aku panjatkan rasa syukurku kepada Ilahi kerana telah memakbulkan doaku untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan...

Itulah harapan kedua-dua ibu dan ayahku...Juga sebagai hadiah kepada mereka yang telah bersusah payah membesarkan aku selama 14 tahun ini...aku tidak mampu memberikan hadiah yang mahal tapi aku mampu memberikan hadiah yang sangaat berharga dan tidak ternilai..

Aku tidak mengharapkan sesuatu ganjaran atau hadiah daripada mereka...Cukuplah kasih dan sayang mereka kepada aku dan perhatian mereka...Mereka yang memberi aku semangat...

Aku sayang mama, abah dan keluarga !!



♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥