! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !



Aku mulakan dengan kata-kata hikmah.. "Malang tidak berbau" ,, memang la kalau cium malang memang tak ada bau ! Hari ini, lebih tepat lagi pagi tadi,, aku ditimpa malang yang sudah semestinya aku tak bau pon malang tu,, nak tahu ke ceritanya ? 

Mula: Aku terjaga daripada tidur lalu bangun.. Aku mencapai tuala lalu masuk ke dalam tandas dan mandi.. Selesai mandi,, aku pon bersiap-siap kerana aku hendak pergi ke sekolah lama aku untuk membeli buku adik bongsu aku untuk persekolahan pada tahun hadapan..

Tengah: Sampai je kat sekolah tu,, aku jadi blur sekejap.. Aku terus pergi ke dewan cempaka untuk membayar duit buku adik aku tu.. Bertemulah aku dengan seorang lelaki .. Nampak segak bergaya dia pada hari ini. Aku pon terus duduk di kerusi yang disediakan berhadapan dengan lelaki kacak itu.. Dia lah cikgu matematik aku dahulu sewaktu sekolah rendah..Aku pon membayar setelah selesai semua.. Namun, sir aku tadi dia mengatakan yang dia tidak mempunyai duit kecil atau baki.. 

Akhir: Aku pun pulang setelah sir memanggil aku dan memberi baki... Aku pon terus pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan, aku terlintas untuk singgah di pejabat ibu aku sebentar... Aku pon mengambil jalan belakang kerana tidak ingin melalui jalan yang sibuk..Dalam hati aku, aku sudah merasa yang sesuatu akan terjadi kepada diriku.. Tiba-tiba, seekor anjing melihat aku,,aku berasa curiga...

-BERSAMBUNG-

Lain masa aku cerita la kat kome !              

♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥



Gambar siapa di atas?? Soalan tu ke korang tanye.. Itu gambar Puan Rahimah, bekas pengetua SERATAS ! Entah la, jujur aku sangat merindui beliau.. Sifat beliau yang tegas tapi penyayang membuat aku rasa erti hidup yang sebenarnya.. Yeke?? Betul la kot ! Ape-ape pon aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau sehingga akhir hayat aku..

♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

M.A.S.A T.A.M.A.T !!



Aku pon tak faham sebenarnya apa maksud 'masa tamat'.. Mungkin  masa aku dah tamat untuk bermain-main.. Masa untuk belajar dah bermula kembali.. Arghhh !! Aku sangat tertekan la... Setiap kali nak balik sekolah sana ,, hati aku mesti berdebar-debar.. Lain pulak rasanya !! Aku tak nak kecewakan mak dengan ayah aku.. Harap-harap mereka dapat beri sokongan , dorongan dan semangat untuk aku agar dapat menunaikan hasrat mereka untuk melihat aku berjaya  dalam pelajaran !! Aku akan cuba untuk bertahan di sana demi ibu dan ayah tersayang.. 

♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥



Aku dah kembali mengaktifkan blog aku yang dah lama tak aktif ni... Rasa pelik pulak...selalu aku menghadap 'muka buku' je....sekali-sekala mengadap blog pulak la....By the way, blog pon dah makin cantik... Banyak dipengaruhi oleh adik aku... Haha... Dia buat blog dia, aku pon nak jugak... Yea ! 

♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Tahun Yang Penting

Azam tahun baru!!
Aku nak study sungguh2 untuk PMR 2012...Aku tak nak kecewakan mama dengan abah dah...Aku tak nak buat perangai dah. Aku nak buat mama dengan abah bangga dengan anak diaorang...Adik aku pon nk amik UPSR.. Itu pon kalau ada lagi la...
Adik dengan aku pelik la...Kita orang berbeza sikit..Tapi dua2 gedik..Haha...Ape2 pon aku sayang sangat kat adik aku....Itu pasti..Die je adik yang aku ade kat dunia ni...Azam tahun depan jugak aku tak nak bercinta..InsyaAllah...!

♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Rancangan waktu cuti

Salam...
Ku mulakan dengan kalimah bismillahirrahmanirrahim.. pejam celik pejam celik dah nak habis sekolah.. aku rasa sekejap sangat.. exam pon dah habis.. tinggal nak kira hari untuk PMR pulak...takut pon ade seronok pon ade nak naik form 3...result PAT 2011 tak keluar lagi...ada 2 paper lagi...agak2 ape aku dapat ye?? cuak la...cuti ni dah plan nak wt benda yang berfaedah..list has come:
  • Bangun awal, mandi dan solat 
  • Nak jogging untuk kuruskan badan
  • Kemas rumah
  • Buat kerja sekolah
  • Malam : tengok tv atau online
ok la tu...harap2 aku dapat ikut ape yang telah dirancang..... InsyaAllah!!

♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Bulan Yang Ditunggu-tunggu

"RAMADAN".....sukanya...bulan ni la bulan yg banyak keistimewaan...
Ramadan ialah bulan bagi semua umat islam untuk tambah pahala dengan melakukan amal ibadat...zakat, sedekah, tarawih dan macam2 lagi la... Bulan ini juga dapat memulihkan sistem penghadaman kat perut kita.. Cuba bayangkan dah 11 bulan kita makan tanpa henti...makan itu makan ini.....perut kita tuhdah penat dah...asyik proses makanan kita jer...bagi la masa dia nak rehat...
Tapi,,,,
kadang2 bulan puasa pon kita melantak jugak....lepas berbuka ha tak larat nak pergi tarawih...KENAPA??
perut dah penuh dengan makanan....beli kat bazar tu macam tak pernah makan dua tiga tahun jer....lepas tu tidur...tak ke kita menambah berat badan bukan sebaliknya...

bulan ramadan bulan yg mulia...Bagi yg bergelar Islam, kita ada hari nuzul Al-Quran...mlm lailatul qadar iaitu malam untuk kita semua beribadat kepada Allah...

Pesanan kpd semua:
1. puasa tahun ni biar penuh jgn tinggal satu hari pon..
2.bila buka puasa tu jgnlah makan mcm tak makan setahun je...makan biar sederhana
3. jangan membazir bulan ramadan...membazir tu amalan syaitan..
4.jangan takut la bulan ramadan,tak ada hantu...semua kena ikat...kalau ada jgk kamu la hantu tu...hehe
5.bykkan la ibadat kepada Allah..cari phala,jgn tmbah dosa..

Puasa di SERATAS:

Puasa kat sini mmg best..tapi kdg2 teringat jgk kat rumah...makan dgn mak, abah, adik dan abg...terbau-bau lauk yg mak msak kat rumah...thun lps bulan puasa ckgu bgi blik tiap hujung minggu tapi tahun ni ckgu mcm tak bgi je...tak tahu kenapa...tak ape la..asalkan dpat puasa jgk..kat mana2 pon tak kisah...

bila nk berbuka??
lamanya nk tggu wktu berbuka..lbih kurang 12 jam....12 drab 30 hari dapat 360 jam sebulan kita berpuasa...sabar je la..."SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN"

petang2 buat apa??
waktu ni seronok sgt...dah nk berbuka..sebelum tuh kena la segar2....kemudian rmai2 berkunjung ke kantin untuk beli makanan...bukan makanan kat dewan makan (DM) tak sedap, cuma tu la yg dikatakan nafsu....beli air, beli kuih mcm2 la ada kat kantin....

waktu malam?
ape lagi...lps solat magrib terus tadarus ramai2 dan solat tarawih dan solat isyak secara berjemaah...seronok tu mmg la seronok tapi rasa penat sgt.....kdg2 bca Quran pon mate tertutup...lps tu pergi prep pulak...waktu prep bkn buat kerja, makan lagi...aiseh man...pnat la prut tu....

sahur?
bgun...bgun...bgun....4.30 pagi BP dah mula kejut..malasnya nk bgun tapi apakan daya...tak bangun perut lapar...lbih baik bangun....paling tak ada jgk alas perut....makan kt DM pagi2 tak berselera sgt...biasa2 je...

sekolah?
mula la mengantuk...tak tahu sbb ape...tido lmbt?? MUNGKIN. selalu bagi alasan kat cikgu...tak nak buat kerja...malas belajar....wktu prep ptg tido...

~bulan ramadan bulan yang amat dinanti-nantikan ~
jadi, marilah sama2 kita semua berpuasa....
"MOH LER BERPUASA"
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Hari Penting Bagi Insan Bergelar 'IBU'

8 MEI 2011....
Satu hari yang amat bermakna buat insan yang bergelar ibu, mama, mak, umi mummy....mcm2 kita panggil ibu kita....Tapi ibu x pernah mengendahkan kita...

Ibu selalu ada untuk aku. Pendengar yg setia. pemberi nasihat yg baik..ibu la yg menceriakan hidup aku...Waktu aku dapat masuk sekolah ini, org yg paling gembira ibu la...Ibu teringin sangat anaknya masuk SBP...Siti Sariah Abdol, nama ibu yg paling aku syg....

Aku janji akan belajar bersungguh-sungguh untuk bagi satu kejayaan kepada ibu yang pasti ibu takkan pernah lupa sampai akhir hayatnya..



IBU!! Kakak sayang ibu....Akhir kata,Selamat Hari Ibu!!!!!!






♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Sesuatu Yang Aku Suka

Aku lebih gemar membaca novel2 yg berkaitan dgn khidupan sbgai seorg remaja... Pada pendapat aku, novel memberi inspirasi kpd aku utk membentuk keperibadian aku sbg seorg pelajar, anak dan perempuan..

Aku lebih mengutamakan pelajaran walau apapun yg terjadi..Ibu selalu berpesan ilmu dan pengetahuan akan membimbing kita ke arah kejayaan..

Siapa yg tidak ingin berjaya dlm hidup??Aku pasti semua org ingin kejayaan...Tapi pernah kita cenderung ke arah itu?? Tidak...Daripada novel juga aku dpt nilai2 positif yg aku boleh sematkan di dlm diri aku...

Secara tidak langsung aku dapat menambah kosa kata dan meningkatkan lagi tatabahasa aku dlm bahasa melayu mahupun inggeris.

Aku juga gemar mendengar lagu..Genre lagu yg aku suka seperti lagu balada, pop..Aku juga memeinati nasyid dan mcm2 lagi.
Bagi aku, muzik dpt memberi ketenangan kpd ku di smping aku mghyati maksud lagu tersebut..Terkadang aku membayangkan seperti aku yg menyanyikan lagu tersebut..





♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Pengorbanan

Berkorban???
 Merelakan sesuatu kejadian? memberi peluang kepada orang lain? Melakukan sesuatu terhadap orang lain? Itu ke pengorbanan?

Aku tidak mengerti maksud sebenar pengorbanan tetapi aku tahu pengorbanan itu seperti apa..
Penat lelah kedua ibu dan bapaku mencari rezeki dan nafkhah hanya untuk menyara aku dan adik beradik...
Mereka membesarkan kami dan mendidik kami agar menjadi orang yang berguna dan dapat berbakti kepada mereka, bangsa, masyarakat dan jua negara...

Pengorbanan mereka sangat besar dan bermakna dalam hidup aku...Mereka tidak mengharapkan balasan harta di dunia ini melainkan aku menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat...
Aku tidak akan melupakan pengorbanan mereka dan aku berjanji akan cuba meralisasikan harapan mereka.

Ibu: Banyak sangat pengorbanannya...Melahirkan aku ke dunia ini agar aku dapat melihat keajaiban dan kebesaran Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung...Membesarkanku sepanjang 14 tahun ini dengan susuh payah...Melayan karenah aku yang inginkan itu dan ini...Merawat dan menjagaku semasa aku sakit.

Bapa: Mengiqamatkan aku setelah aku lahir di dunia ini.Menjaga aku semasa kecil dahulu.Menghantar aku ke sekolah.Memberi nasihat kepada aku...Tempat aku mengadu dan menceritakan masalah aku.

Abang-abang dan adik perempuanku: Merekalah teman sepermainan aku sewaktu kecil. Teman curahan perasaanku. Mereka jua lah yang menjadikan hidup aku ceria di rumah dengan usikan mereka. Walaupun terkadang mereka agak keterlaluan kepada ku tapi kasih dan sayang mereka kepada ku tidak pernah luntur.

Semua itu adalah lumrah kehidupan yang aku telah lalui..Aku sentiasa berdoa kepada Allah agar kami sekeluarga dapat menjadi keluarga yang bahagia di duinia dan di akhirat kelak...Amin Ya Rabbal Alamin...



♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Saat Berdebar Telah Berlalu

Hmmm...keputusan ujian 1 pon dah keluar...aku dah berjaya mendapat 8A dalam ujian kali ini...Alhamdulillah...aku panjatkan rasa syukurku kepada Ilahi kerana telah memakbulkan doaku untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan...

Itulah harapan kedua-dua ibu dan ayahku...Juga sebagai hadiah kepada mereka yang telah bersusah payah membesarkan aku selama 14 tahun ini...aku tidak mampu memberikan hadiah yang mahal tapi aku mampu memberikan hadiah yang sangaat berharga dan tidak ternilai..

Aku tidak mengharapkan sesuatu ganjaran atau hadiah daripada mereka...Cukuplah kasih dan sayang mereka kepada aku dan perhatian mereka...Mereka yang memberi aku semangat...

Aku sayang mama, abah dan keluarga !!



♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Subjek

Setiap org pasti ada subjek kegemaran masing-masing... Aku suka matematik... Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat matematik... Dari darjah 1 lagi.. Sampai sekarang...matematik buat aku berfikir dengan lebih baik lagi.. Aku takkan puas selagi tidak menemui cara untuk mendapatkan jawapan soalan matematik....

Selalunya, kerja rumah matematik la yang akan aku siapkan dahulu berbanding subjek lain....Tapi terkadang aku rasa matematik adalah subjek yang susah padahal ia sangat mudah... Kita cuma perlu hafal formula....dan menjawab dengan cara yang betul... Pasti dapat jawapan...

Bagi aku "MATHS IS FUN"....


♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Perasaan Yang Selalu Dirasa

hmmm...
Rindunya!!!!Kepada siapa??? Mesti la keluarga terutamanya mak, ayah dan adik...Aku memang rapat dengan mereka(senang kata susah la nak berenggang) namun sejak aku masuk ke sekolah ini, hubungan aku dengan keluarga agak renggang...

TAPI.............keluargaku sering saja datang melawat aku di sini....Kami makan bersama, bercerita tentang keadaan masing-masing sambil bergelak- ketawa... Aku seronok apabila saat itu tiba....Aku selalu menanda kalendar kapan keluargaku akan datang..."HARI PENTING BUATKU" Selalunya ibu dan ayah akan datang hujung minggu kerana pada waktu itu saja mereka berkesempatan dan tidak sibuk... Jika ibu dan ayah ada hal yang tidak boleh dielakkan maka aku terpaksa la menanggung rindu untuk dilepaskan pada minggu berikutnya...

Jika di rumah, kerja aku selalunya ialah bermain dengan adikku...Walaupun umurnya sudah 11 tahun, tetapi perangainya masih seperti kanak-kanak...Dia sering dimanjakn oleh ibu dan ayahku...(mentang-mentang anak bongsu)...Terkadang aku cemburu terhadap dia....tapi apakan daya, dia adalah darah dagingku juga..Hubungan antara adik beradik takkan pernah berpisah seperti kata pepatah "AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS"

Aku juga sering menolomg ibuku di dapur....Tugasku selalunya beroperasi selepas makan tengah hari.... Kedengaran suara ibu atau ayahku, "KAK.......tolong basuh pinggan-magkuk kat dapur tuh!!!!! Maka dengan senang hatinya aku pon pergi ke dapur..... Sering juga aku memujuk ibuku supaya adikku juga dipanggil tetapi selalunya dia akan terlepas....

ABANG!!!!!
Aku mempunyai 2 orang abang....Sulung berumur 23 tahun dan yang kedua berumur 20 tahun....Aku sering bergaduh dengan mereka....TERUTAMA ketika hendak makan....Pasti ada perebutan lauk-pauk yang dimasak oleh ibuku....Semua yang ibuku masak tentula sedap dan enak....DAN selalunya mereka yang akan menang...aku sering beralah dengan mereka...mungkin kerana mereka lebih tua daripada aku dan mereka abang-abangku.....Walau apa pun yang mereka lakukan kepada aku, kasih dan sayang aku kepada mereka tidak pernah hilang.....Merekalah tempat aku mengadu masalah berkaitan "LELAKI di rumah.....

SI COMEL DAN ANAK-ANAKNYA!!!!!
Si Comel??? Siapa tuh???
Kucing peliharaan kami la....Nama dia "OSIN"....aku pun tak tahu mana datang nama osin tuh...Mak selalu cakap osin tuh nama jepun...betul ke ha???
Dia dah ada anak dah sekarang....tiga ekor lagi.....Sekor warna kelabu, sekor warna putih dan sekor lagi warna hitam....MAk panggil diaorng "TEHTAMBU"(putih, hitam dan kelabu)....
Pelik la......
Osin selepas ada anak lain sangat...sebelum ni dia suka tidur kat atas kerusi tapi lepas ada anak dia tidur kat atas lantai..kalau dia keluar rumah sebelum ni lama tapi lepas ada anak sekejap sangat dia keluar...
MUngkin sebab dah bergelar "IBU" kot.....


Apa-apa pun aku rindu sangat saat-saat bersama mereka di rumah..
~RINDU SELALU~
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Guru !!

"GURU".....bagiku guru adalah insan yang paling penting....dialah segala-galanya...maklumlah di sekolah berasrama penuh ni aku tidak rapat dengan keluarga kerana tinggal berjauhan...hanya ada guru, kakak senior dan rakan-rakan....

Kepada siapa aku hendak mengadu???
Terkadang aku terfikir untuk bercerita tentang masalah aku kepada guru tetapi bila difikirkan balik lebih baik aku pendamkan sahaja...Aku tidak ingin menyusahkan guru dengan masalah yang aku hadapi...

GURU yang aku sangat kagumi....
Semua guru di sekolah ini aku sayang dan kagum....mereka semua guru cemerlang...Setiap guru pasti ada cara tersendiri untuk mengajar pelajar..Aku suka dengan cara guru ku mengajar...Walaupun mereka nampak garang tetapi itu bukan sifat mereka sebenarnya...mereka tegas dalam memberikan ilmu kepada pelajar agar pelajar dapat berjaya dalam hidup pada masa akan datang...jadi orang berguna la kita kan...

Aku sangat suka kepada guru matematik aku iaitu Puan Lim Swee Yian....Tahun lepas lagi dia sudah mengajar aku matematik.....Belajar bersamanya sangat menyeronokkan...Aku tidak pernah bosan namun terkadang aku merasa sedikit mengantuk dan agak kelam kabut jika madam ajar terlalu laju...Cara madam Lim mengajar ialah dia akan pastikan semua pelajar faham sebelum dia meneruskan bab selanjutnya.

Jika aku tidak dapat menyelesaikan sesuatu soalan matematik aku tidak akan berhenti untuk mencari jawapannya....Sesudah mendapat jawapan baru hatiku berasa lega...

Subjek matematik adalah salah satu subjek kegemaranku....Dari sekolah rendah lagi aku minat matematik...Guru matematikku sewaktu sekolah rendah ialah Puan Zahidah, Encik Wahab ,Teacher Hazly dan yang paling aku tidak boleh lupakan ialah Sir Faisal...

Konklusinya ialah kita sebagai pelajar mestilah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu yang guru curahkan kerana ilmu tersebut sangat berguna dalam kehidupan kita pada masa kelak...Kita juga mesti menghormati guru supaya ilmu yang kita perolehi mendapat berkat daripada Allah....

Akhir kata, "AKU SAYANG GURU"......
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Sahabat Untuk Selamanya

Sahabat??? Apa maksud sahabat yg sebenarnya ha?? Sampai saat ini, aku masih kurang yakin apa maksud sahabat sebenarnya??? Pada pengetahuan aku, sahabat tu seperti kawan, rakan dan juga teman... Tapi adakah ia hanya saekadar teman, rakan atau kawan biasa.... Aku juga sering mendengar orang berkata tentang sahabat "KARIB"....apa pula erti "KARIB"??mungkin ianya adalah seperti sesuatu yang tidak boleh dipisahkan walaupun hanya sedetik dalam hidup... Aku mempunyai ramai kawan, rakan dan teman.. Adakah mereka semua juga sahabat aku?? "MUNGKIN"...itu jawapan yang selalu ada dalam fikiran aku...


         ~Cerita di sekolah yang baru saja aku terokai ini!!!~


Di sekolah ini, kehidupan aku sangat berbeza berbanding sekolah rendah... Mungkin ianya kerana perbezaan status ibu dan bapa... Aku tahu satu perkara mengenai faktor orang hendak berkawan dengan kita... Aku tidak pasti sama ada ianya benar atau sebaliknya...



  1. Kecantikan:  Sesetengah orang hanya ingin berkawan dengan orang yang mempunyai rupa paras yg cantik sahaja.. Aku tidaklah tergolong dalam ciri-ciri perempuan cantik... Maksud aku di sini ialah aku tidak pandai bergaya, mengenakan warna tudung dan baju dan macam-macam lagi la... Itu adalah kelemahan aku..tapa aku masih berpegang kepada pendirian aku bahawa kecantikan di dunia hanyalah sementara... MUngkin ada hikmah di sebalik segala yg ditentukan oleh Allah kepada aku..
  2. Harta benda:  Wang ringgit, barangan mewah, pakaian mewah menjadi faktor seseorang ingin berkawan dengan kita... "BETUL KE??"  Aku juga bukan seorang anak dari keluarga yang berada... Aku tidak kata bahawa aku dari keluarga miskin tapi keluarga sederhana... Pakaianku, baranganku bukanlah terlalu mewah....Ibuku selalu berpesan, "Harta kat dunia ni mana akan kekal, semuanya akan hilang apabila tiba "MASANYA"...dan tidak boleh dibawa masuk ke liang lahad pun....Lebih baik kita gunakan harta yg kita ada ke jalan kebaikan yg lebih menguntungkan...dapat pahal lagi kan?? 
  3.  Kepintaran @ kepandaian @kebijaksanaan: Siapa yg tak mahu kawan dengan orang pandai??? Aku yakin semua orang ingin berkawan dgn org pandai...sebabnya nak jadi pandai jugak la mcm mereka...."Alhamdulillah!!!Aku bersyukur kerana sejak masuk ke sekolah berasarama penuh ini, aku lebih menyayangi diri aku dan keluarga...Mereka banyak memberi sokongan dan dorongan kepadaku...Berkat doa mereka aku masih boleh belajar di sekolah ni dan mendapat keputusan yg cemerlang...Dan sejak itu juga aku mendapat ramai kawan.... Aku gembira kerana aku ada ramai kawan tapi tidak semua kawan ku ikhlas berkawan dgn ku..."  


Aku di sini hanya sebatang kara..aku suka berada di sini tapi terkadang aku menyesal masuk ke sini....aku merasakan diriku tidak dianggap seperti KAWAN, RAKAN atau TEMAN apakan lagi SAHABAT...jauh sekali... Aku selalu membayangkan diriku umpama tisu..'BILA KAU PERLU KAU AMBIL DAN SELEPAS ITU KAU BUANG KE DALAM TONG SAMPAH' bagi aku buang dalam tong sampah lebih baik daripada buang merata-rata tempat....Kini aku tahu perasaan tisu ygb aku gunakan dan selepas itu buang ke dalam tong sampah....   "PERITNYA RASA"


Selama setahun aku mencari seorang yg bergelar sahabat di sini... sehingga kini masih belum ku temui...apa mungkin tidak ada istilah "sahabat karib" di dalam dunia ini...?? Persoalannya sampai bila aku harus mencari?? Aku letih hidup dalam kepura-puraan.. Bagi aku jika aku tidak suka akan org itu, maka aku akan berlakuan tidak suka..bukannya sebaliknya...tapi mereka semua hanya berkelakuan suka di depan, di belakang tidak suka...adakah wajar tindakan mereka?? Mereka sahaja yg tahu akan jawapannya...


Apabila kesusahan tiba, aku menjadi salah seorang yg mereka cari untuk membantu menyelesaikan masalah mereka....tapi apabila aku susah, jarang sekali org menolongku.... Aku tidak mengkhususkan hal ini kepada sesiapa...mungkin ada yg bersikap begitu, mungkin juga tidak ada yg bersikap begitu...tapi inilah lumrah hidup....Aku sudah berjanji pada diriku bahawa aku akan cuba sedaya-upaya untuk terus hidup di sini...demi diri dan keluarga tercinta... Akan tetapi jika memang sudah takdirku untuk pergi dari sini, maka aku mohon seribu kemaafan kepada semua yg mengenaliku.... Aku tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa...


~MAAF KU PINTA~  




♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Berdikari Untuk Tahun Kedua

Tanggal 7 Februari 2011:
Kemasukan pelajar tingkatan 4 baru ke sekolahku..ramai juga yang mendaftar pada hari tersebut..aku melihat kesibukan ibubapa dalam menguruskan keperluan anak-anak mereka..Fikiranku kembali mengimbau suasana ketika aku baru melangkah masuk ke sekolah ini...aku mendapat kakak angkat pemberian sekolah yang sangat baik...kasih dan sayang aku terhadapnya tidak akan pernah hilang...aku masih menanti saat dia akan datang ke sekolah ini...aku sangat merinduinya...dialah tempat aku mengadu, meminta bantuan dan mencurahlan segala isi hatiku...pernah suatu ketika aku berada di tingkatan 1, aku ditimpa kesulitan yang agak berat bagiku...aku sering terkunci lokerku sendiri di kamar...Pada saat itu, aku hanya mampu mengalirkan air mata kerana memikirkan bagaimana cara aku untuk membuka lokerku...Rasa lucu apabila mengimbau kembali kisah lalu.....tidak terlalu lama peristiwa tersebut berlaku..Tindakan yang aku ambil ialah memberi kunci pendua lokerku kepada kakak angkatku....
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Kembali ke Sekolah!!!

Setelah seminggu bercuti...kini aku harus kembali ke sekolah....lumrahnya kehidupan seorang pelajar sekolah berasrama penuh...aku berasa sedih apabila  terpaksa berpisah dengan keluargaku tetapi apakan daya..."Ilmu itu perlu dituntut, ia adalah satu kewajipan bagi seorang yang bergelar pelajar...Pada masa yang sama aku juga gembira kerana dapat berjumpa semula dengan rakan-rakanku...terasa rinduku pada mereka telah dilepaskan...banyak cerita mereka daripada rumah...semua sibuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru termasuk aku sendiri kerana tidak menyiapkan kerja tersebut di rumah sewaktu cuti...Terpancar kesungguhan mereka dalam menyiapkan kerja rumah kerana tidak uingin dihukum oleh guru...
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Cuti Sekolah !!

sudah menjadi lumrah apabila tiba sahaja cuti sekolah, guru-guru pasti akan memberi tugasan-tugasan kepada para pelajar...itu sudah menjadi kewajipan di setiap sekolah....jika dibandingkan sekolah rendah dan sekolah menengah pasti sekolah menengah tugasan nya lebih banyak...perkara ini terjadi kepadaku...aku mendapat banyak tugasan daripada guru-guru sebelum cuti sekolah bermula....pada mulanya, aku sempat merungut pada diriku sendiri, 'mengapa cikgu beri tugasan terlalu banyak?' aku bertanya pada diriku sendiri...kemudian aku terfikir jika guru tidak memberi tugasan apa mungkin semua pelajar akan meembuat ulangkaji di rumah sewaktu cuti?? 'TIDAK'...itulah jawapannya...tidak semua pelajar yang bersikap rajin...ada juga yang malas...malas membuat tugasan, malas membaca buku. malas mengulangkaji...macam-macam lagi la....dengan tugasan yang diberikan setidak-tidaknya pelajar akan membuka buku sekolah untuk menyiapkan tugasan....betul tak????
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Tentang ku !

aku seorang pelajar sekolah menengah sains raja tun azlan shah...Baru berusia 14 tahun...aku belajar di dalam kelas 2 kejora bersama-sama dengan 28 orang rakanku...aku masuk ke sekolah itu pada tahun 2010 dengan azam untuk berjaya mencapai cita-citaku untuk menjadi seorang doktor....aku menimba banyak pengetahuan baru di sekolah tersebut...pada awalnya, aku merasakan tidak selesa beada di sana..mungkin kerana terlalu jauh daripada ibuku tetapi kini aku lebih merasakan untuk terus belajar hidup tanpa bantuan  ibu dan bapaku...kini aku sudah boleh hidup bersendiri...satu perkara yang aku takkan lupa ialah aku berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang baik sewaktu di tingkatan satu...kejayaan aku banyak dibantu oleh rakan-rakan serta guru-guru...keluargaku juga banyak memberi sokongan dan dorongan kepada aku...aku berazam untuk meneruskan kejayaan ini sehingga peperiksaan penting tahun hadapan iaitu PMR...aku berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh....
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥