! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

Perasaan Yang Selalu Dirasa

hmmm...
Rindunya!!!!Kepada siapa??? Mesti la keluarga terutamanya mak, ayah dan adik...Aku memang rapat dengan mereka(senang kata susah la nak berenggang) namun sejak aku masuk ke sekolah ini, hubungan aku dengan keluarga agak renggang...

TAPI.............keluargaku sering saja datang melawat aku di sini....Kami makan bersama, bercerita tentang keadaan masing-masing sambil bergelak- ketawa... Aku seronok apabila saat itu tiba....Aku selalu menanda kalendar kapan keluargaku akan datang..."HARI PENTING BUATKU" Selalunya ibu dan ayah akan datang hujung minggu kerana pada waktu itu saja mereka berkesempatan dan tidak sibuk... Jika ibu dan ayah ada hal yang tidak boleh dielakkan maka aku terpaksa la menanggung rindu untuk dilepaskan pada minggu berikutnya...

Jika di rumah, kerja aku selalunya ialah bermain dengan adikku...Walaupun umurnya sudah 11 tahun, tetapi perangainya masih seperti kanak-kanak...Dia sering dimanjakn oleh ibu dan ayahku...(mentang-mentang anak bongsu)...Terkadang aku cemburu terhadap dia....tapi apakan daya, dia adalah darah dagingku juga..Hubungan antara adik beradik takkan pernah berpisah seperti kata pepatah "AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS"

Aku juga sering menolomg ibuku di dapur....Tugasku selalunya beroperasi selepas makan tengah hari.... Kedengaran suara ibu atau ayahku, "KAK.......tolong basuh pinggan-magkuk kat dapur tuh!!!!! Maka dengan senang hatinya aku pon pergi ke dapur..... Sering juga aku memujuk ibuku supaya adikku juga dipanggil tetapi selalunya dia akan terlepas....

ABANG!!!!!
Aku mempunyai 2 orang abang....Sulung berumur 23 tahun dan yang kedua berumur 20 tahun....Aku sering bergaduh dengan mereka....TERUTAMA ketika hendak makan....Pasti ada perebutan lauk-pauk yang dimasak oleh ibuku....Semua yang ibuku masak tentula sedap dan enak....DAN selalunya mereka yang akan menang...aku sering beralah dengan mereka...mungkin kerana mereka lebih tua daripada aku dan mereka abang-abangku.....Walau apa pun yang mereka lakukan kepada aku, kasih dan sayang aku kepada mereka tidak pernah hilang.....Merekalah tempat aku mengadu masalah berkaitan "LELAKI di rumah.....

SI COMEL DAN ANAK-ANAKNYA!!!!!
Si Comel??? Siapa tuh???
Kucing peliharaan kami la....Nama dia "OSIN"....aku pun tak tahu mana datang nama osin tuh...Mak selalu cakap osin tuh nama jepun...betul ke ha???
Dia dah ada anak dah sekarang....tiga ekor lagi.....Sekor warna kelabu, sekor warna putih dan sekor lagi warna hitam....MAk panggil diaorng "TEHTAMBU"(putih, hitam dan kelabu)....
Pelik la......
Osin selepas ada anak lain sangat...sebelum ni dia suka tidur kat atas kerusi tapi lepas ada anak dia tidur kat atas lantai..kalau dia keluar rumah sebelum ni lama tapi lepas ada anak sekejap sangat dia keluar...
MUngkin sebab dah bergelar "IBU" kot.....


Apa-apa pun aku rindu sangat saat-saat bersama mereka di rumah..
~RINDU SELALU~
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Guru !!

"GURU".....bagiku guru adalah insan yang paling penting....dialah segala-galanya...maklumlah di sekolah berasrama penuh ni aku tidak rapat dengan keluarga kerana tinggal berjauhan...hanya ada guru, kakak senior dan rakan-rakan....

Kepada siapa aku hendak mengadu???
Terkadang aku terfikir untuk bercerita tentang masalah aku kepada guru tetapi bila difikirkan balik lebih baik aku pendamkan sahaja...Aku tidak ingin menyusahkan guru dengan masalah yang aku hadapi...

GURU yang aku sangat kagumi....
Semua guru di sekolah ini aku sayang dan kagum....mereka semua guru cemerlang...Setiap guru pasti ada cara tersendiri untuk mengajar pelajar..Aku suka dengan cara guru ku mengajar...Walaupun mereka nampak garang tetapi itu bukan sifat mereka sebenarnya...mereka tegas dalam memberikan ilmu kepada pelajar agar pelajar dapat berjaya dalam hidup pada masa akan datang...jadi orang berguna la kita kan...

Aku sangat suka kepada guru matematik aku iaitu Puan Lim Swee Yian....Tahun lepas lagi dia sudah mengajar aku matematik.....Belajar bersamanya sangat menyeronokkan...Aku tidak pernah bosan namun terkadang aku merasa sedikit mengantuk dan agak kelam kabut jika madam ajar terlalu laju...Cara madam Lim mengajar ialah dia akan pastikan semua pelajar faham sebelum dia meneruskan bab selanjutnya.

Jika aku tidak dapat menyelesaikan sesuatu soalan matematik aku tidak akan berhenti untuk mencari jawapannya....Sesudah mendapat jawapan baru hatiku berasa lega...

Subjek matematik adalah salah satu subjek kegemaranku....Dari sekolah rendah lagi aku minat matematik...Guru matematikku sewaktu sekolah rendah ialah Puan Zahidah, Encik Wahab ,Teacher Hazly dan yang paling aku tidak boleh lupakan ialah Sir Faisal...

Konklusinya ialah kita sebagai pelajar mestilah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu yang guru curahkan kerana ilmu tersebut sangat berguna dalam kehidupan kita pada masa kelak...Kita juga mesti menghormati guru supaya ilmu yang kita perolehi mendapat berkat daripada Allah....

Akhir kata, "AKU SAYANG GURU"......
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Sahabat Untuk Selamanya

Sahabat??? Apa maksud sahabat yg sebenarnya ha?? Sampai saat ini, aku masih kurang yakin apa maksud sahabat sebenarnya??? Pada pengetahuan aku, sahabat tu seperti kawan, rakan dan juga teman... Tapi adakah ia hanya saekadar teman, rakan atau kawan biasa.... Aku juga sering mendengar orang berkata tentang sahabat "KARIB"....apa pula erti "KARIB"??mungkin ianya adalah seperti sesuatu yang tidak boleh dipisahkan walaupun hanya sedetik dalam hidup... Aku mempunyai ramai kawan, rakan dan teman.. Adakah mereka semua juga sahabat aku?? "MUNGKIN"...itu jawapan yang selalu ada dalam fikiran aku...


         ~Cerita di sekolah yang baru saja aku terokai ini!!!~


Di sekolah ini, kehidupan aku sangat berbeza berbanding sekolah rendah... Mungkin ianya kerana perbezaan status ibu dan bapa... Aku tahu satu perkara mengenai faktor orang hendak berkawan dengan kita... Aku tidak pasti sama ada ianya benar atau sebaliknya...



  1. Kecantikan:  Sesetengah orang hanya ingin berkawan dengan orang yang mempunyai rupa paras yg cantik sahaja.. Aku tidaklah tergolong dalam ciri-ciri perempuan cantik... Maksud aku di sini ialah aku tidak pandai bergaya, mengenakan warna tudung dan baju dan macam-macam lagi la... Itu adalah kelemahan aku..tapa aku masih berpegang kepada pendirian aku bahawa kecantikan di dunia hanyalah sementara... MUngkin ada hikmah di sebalik segala yg ditentukan oleh Allah kepada aku..
  2. Harta benda:  Wang ringgit, barangan mewah, pakaian mewah menjadi faktor seseorang ingin berkawan dengan kita... "BETUL KE??"  Aku juga bukan seorang anak dari keluarga yang berada... Aku tidak kata bahawa aku dari keluarga miskin tapi keluarga sederhana... Pakaianku, baranganku bukanlah terlalu mewah....Ibuku selalu berpesan, "Harta kat dunia ni mana akan kekal, semuanya akan hilang apabila tiba "MASANYA"...dan tidak boleh dibawa masuk ke liang lahad pun....Lebih baik kita gunakan harta yg kita ada ke jalan kebaikan yg lebih menguntungkan...dapat pahal lagi kan?? 
  3.  Kepintaran @ kepandaian @kebijaksanaan: Siapa yg tak mahu kawan dengan orang pandai??? Aku yakin semua orang ingin berkawan dgn org pandai...sebabnya nak jadi pandai jugak la mcm mereka...."Alhamdulillah!!!Aku bersyukur kerana sejak masuk ke sekolah berasarama penuh ini, aku lebih menyayangi diri aku dan keluarga...Mereka banyak memberi sokongan dan dorongan kepadaku...Berkat doa mereka aku masih boleh belajar di sekolah ni dan mendapat keputusan yg cemerlang...Dan sejak itu juga aku mendapat ramai kawan.... Aku gembira kerana aku ada ramai kawan tapi tidak semua kawan ku ikhlas berkawan dgn ku..."  


Aku di sini hanya sebatang kara..aku suka berada di sini tapi terkadang aku menyesal masuk ke sini....aku merasakan diriku tidak dianggap seperti KAWAN, RAKAN atau TEMAN apakan lagi SAHABAT...jauh sekali... Aku selalu membayangkan diriku umpama tisu..'BILA KAU PERLU KAU AMBIL DAN SELEPAS ITU KAU BUANG KE DALAM TONG SAMPAH' bagi aku buang dalam tong sampah lebih baik daripada buang merata-rata tempat....Kini aku tahu perasaan tisu ygb aku gunakan dan selepas itu buang ke dalam tong sampah....   "PERITNYA RASA"


Selama setahun aku mencari seorang yg bergelar sahabat di sini... sehingga kini masih belum ku temui...apa mungkin tidak ada istilah "sahabat karib" di dalam dunia ini...?? Persoalannya sampai bila aku harus mencari?? Aku letih hidup dalam kepura-puraan.. Bagi aku jika aku tidak suka akan org itu, maka aku akan berlakuan tidak suka..bukannya sebaliknya...tapi mereka semua hanya berkelakuan suka di depan, di belakang tidak suka...adakah wajar tindakan mereka?? Mereka sahaja yg tahu akan jawapannya...


Apabila kesusahan tiba, aku menjadi salah seorang yg mereka cari untuk membantu menyelesaikan masalah mereka....tapi apabila aku susah, jarang sekali org menolongku.... Aku tidak mengkhususkan hal ini kepada sesiapa...mungkin ada yg bersikap begitu, mungkin juga tidak ada yg bersikap begitu...tapi inilah lumrah hidup....Aku sudah berjanji pada diriku bahawa aku akan cuba sedaya-upaya untuk terus hidup di sini...demi diri dan keluarga tercinta... Akan tetapi jika memang sudah takdirku untuk pergi dari sini, maka aku mohon seribu kemaafan kepada semua yg mengenaliku.... Aku tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa...


~MAAF KU PINTA~  




♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Berdikari Untuk Tahun Kedua

Tanggal 7 Februari 2011:
Kemasukan pelajar tingkatan 4 baru ke sekolahku..ramai juga yang mendaftar pada hari tersebut..aku melihat kesibukan ibubapa dalam menguruskan keperluan anak-anak mereka..Fikiranku kembali mengimbau suasana ketika aku baru melangkah masuk ke sekolah ini...aku mendapat kakak angkat pemberian sekolah yang sangat baik...kasih dan sayang aku terhadapnya tidak akan pernah hilang...aku masih menanti saat dia akan datang ke sekolah ini...aku sangat merinduinya...dialah tempat aku mengadu, meminta bantuan dan mencurahlan segala isi hatiku...pernah suatu ketika aku berada di tingkatan 1, aku ditimpa kesulitan yang agak berat bagiku...aku sering terkunci lokerku sendiri di kamar...Pada saat itu, aku hanya mampu mengalirkan air mata kerana memikirkan bagaimana cara aku untuk membuka lokerku...Rasa lucu apabila mengimbau kembali kisah lalu.....tidak terlalu lama peristiwa tersebut berlaku..Tindakan yang aku ambil ialah memberi kunci pendua lokerku kepada kakak angkatku....
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Kembali ke Sekolah!!!

Setelah seminggu bercuti...kini aku harus kembali ke sekolah....lumrahnya kehidupan seorang pelajar sekolah berasrama penuh...aku berasa sedih apabila  terpaksa berpisah dengan keluargaku tetapi apakan daya..."Ilmu itu perlu dituntut, ia adalah satu kewajipan bagi seorang yang bergelar pelajar...Pada masa yang sama aku juga gembira kerana dapat berjumpa semula dengan rakan-rakanku...terasa rinduku pada mereka telah dilepaskan...banyak cerita mereka daripada rumah...semua sibuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru termasuk aku sendiri kerana tidak menyiapkan kerja tersebut di rumah sewaktu cuti...Terpancar kesungguhan mereka dalam menyiapkan kerja rumah kerana tidak uingin dihukum oleh guru...
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥