! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

Guru !!

"GURU".....bagiku guru adalah insan yang paling penting....dialah segala-galanya...maklumlah di sekolah berasrama penuh ni aku tidak rapat dengan keluarga kerana tinggal berjauhan...hanya ada guru, kakak senior dan rakan-rakan....

Kepada siapa aku hendak mengadu???
Terkadang aku terfikir untuk bercerita tentang masalah aku kepada guru tetapi bila difikirkan balik lebih baik aku pendamkan sahaja...Aku tidak ingin menyusahkan guru dengan masalah yang aku hadapi...

GURU yang aku sangat kagumi....
Semua guru di sekolah ini aku sayang dan kagum....mereka semua guru cemerlang...Setiap guru pasti ada cara tersendiri untuk mengajar pelajar..Aku suka dengan cara guru ku mengajar...Walaupun mereka nampak garang tetapi itu bukan sifat mereka sebenarnya...mereka tegas dalam memberikan ilmu kepada pelajar agar pelajar dapat berjaya dalam hidup pada masa akan datang...jadi orang berguna la kita kan...

Aku sangat suka kepada guru matematik aku iaitu Puan Lim Swee Yian....Tahun lepas lagi dia sudah mengajar aku matematik.....Belajar bersamanya sangat menyeronokkan...Aku tidak pernah bosan namun terkadang aku merasa sedikit mengantuk dan agak kelam kabut jika madam ajar terlalu laju...Cara madam Lim mengajar ialah dia akan pastikan semua pelajar faham sebelum dia meneruskan bab selanjutnya.

Jika aku tidak dapat menyelesaikan sesuatu soalan matematik aku tidak akan berhenti untuk mencari jawapannya....Sesudah mendapat jawapan baru hatiku berasa lega...

Subjek matematik adalah salah satu subjek kegemaranku....Dari sekolah rendah lagi aku minat matematik...Guru matematikku sewaktu sekolah rendah ialah Puan Zahidah, Encik Wahab ,Teacher Hazly dan yang paling aku tidak boleh lupakan ialah Sir Faisal...

Konklusinya ialah kita sebagai pelajar mestilah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu yang guru curahkan kerana ilmu tersebut sangat berguna dalam kehidupan kita pada masa kelak...Kita juga mesti menghormati guru supaya ilmu yang kita perolehi mendapat berkat daripada Allah....

Akhir kata, "AKU SAYANG GURU"......
♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah habis baca ?? Sila la tinggalkan komen..
Terima kasih..