! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !

Sahabat Untuk Selamanya

Sahabat??? Apa maksud sahabat yg sebenarnya ha?? Sampai saat ini, aku masih kurang yakin apa maksud sahabat sebenarnya??? Pada pengetahuan aku, sahabat tu seperti kawan, rakan dan juga teman... Tapi adakah ia hanya saekadar teman, rakan atau kawan biasa.... Aku juga sering mendengar orang berkata tentang sahabat "KARIB"....apa pula erti "KARIB"??mungkin ianya adalah seperti sesuatu yang tidak boleh dipisahkan walaupun hanya sedetik dalam hidup... Aku mempunyai ramai kawan, rakan dan teman.. Adakah mereka semua juga sahabat aku?? "MUNGKIN"...itu jawapan yang selalu ada dalam fikiran aku...


         ~Cerita di sekolah yang baru saja aku terokai ini!!!~


Di sekolah ini, kehidupan aku sangat berbeza berbanding sekolah rendah... Mungkin ianya kerana perbezaan status ibu dan bapa... Aku tahu satu perkara mengenai faktor orang hendak berkawan dengan kita... Aku tidak pasti sama ada ianya benar atau sebaliknya...



  1. Kecantikan:  Sesetengah orang hanya ingin berkawan dengan orang yang mempunyai rupa paras yg cantik sahaja.. Aku tidaklah tergolong dalam ciri-ciri perempuan cantik... Maksud aku di sini ialah aku tidak pandai bergaya, mengenakan warna tudung dan baju dan macam-macam lagi la... Itu adalah kelemahan aku..tapa aku masih berpegang kepada pendirian aku bahawa kecantikan di dunia hanyalah sementara... MUngkin ada hikmah di sebalik segala yg ditentukan oleh Allah kepada aku..
  2. Harta benda:  Wang ringgit, barangan mewah, pakaian mewah menjadi faktor seseorang ingin berkawan dengan kita... "BETUL KE??"  Aku juga bukan seorang anak dari keluarga yang berada... Aku tidak kata bahawa aku dari keluarga miskin tapi keluarga sederhana... Pakaianku, baranganku bukanlah terlalu mewah....Ibuku selalu berpesan, "Harta kat dunia ni mana akan kekal, semuanya akan hilang apabila tiba "MASANYA"...dan tidak boleh dibawa masuk ke liang lahad pun....Lebih baik kita gunakan harta yg kita ada ke jalan kebaikan yg lebih menguntungkan...dapat pahal lagi kan?? 
  3.  Kepintaran @ kepandaian @kebijaksanaan: Siapa yg tak mahu kawan dengan orang pandai??? Aku yakin semua orang ingin berkawan dgn org pandai...sebabnya nak jadi pandai jugak la mcm mereka...."Alhamdulillah!!!Aku bersyukur kerana sejak masuk ke sekolah berasarama penuh ini, aku lebih menyayangi diri aku dan keluarga...Mereka banyak memberi sokongan dan dorongan kepadaku...Berkat doa mereka aku masih boleh belajar di sekolah ni dan mendapat keputusan yg cemerlang...Dan sejak itu juga aku mendapat ramai kawan.... Aku gembira kerana aku ada ramai kawan tapi tidak semua kawan ku ikhlas berkawan dgn ku..."  


Aku di sini hanya sebatang kara..aku suka berada di sini tapi terkadang aku menyesal masuk ke sini....aku merasakan diriku tidak dianggap seperti KAWAN, RAKAN atau TEMAN apakan lagi SAHABAT...jauh sekali... Aku selalu membayangkan diriku umpama tisu..'BILA KAU PERLU KAU AMBIL DAN SELEPAS ITU KAU BUANG KE DALAM TONG SAMPAH' bagi aku buang dalam tong sampah lebih baik daripada buang merata-rata tempat....Kini aku tahu perasaan tisu ygb aku gunakan dan selepas itu buang ke dalam tong sampah....   "PERITNYA RASA"


Selama setahun aku mencari seorang yg bergelar sahabat di sini... sehingga kini masih belum ku temui...apa mungkin tidak ada istilah "sahabat karib" di dalam dunia ini...?? Persoalannya sampai bila aku harus mencari?? Aku letih hidup dalam kepura-puraan.. Bagi aku jika aku tidak suka akan org itu, maka aku akan berlakuan tidak suka..bukannya sebaliknya...tapi mereka semua hanya berkelakuan suka di depan, di belakang tidak suka...adakah wajar tindakan mereka?? Mereka sahaja yg tahu akan jawapannya...


Apabila kesusahan tiba, aku menjadi salah seorang yg mereka cari untuk membantu menyelesaikan masalah mereka....tapi apabila aku susah, jarang sekali org menolongku.... Aku tidak mengkhususkan hal ini kepada sesiapa...mungkin ada yg bersikap begitu, mungkin juga tidak ada yg bersikap begitu...tapi inilah lumrah hidup....Aku sudah berjanji pada diriku bahawa aku akan cuba sedaya-upaya untuk terus hidup di sini...demi diri dan keluarga tercinta... Akan tetapi jika memang sudah takdirku untuk pergi dari sini, maka aku mohon seribu kemaafan kepada semua yg mengenaliku.... Aku tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa...


~MAAF KU PINTA~  




♥ Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dah habis baca ?? Sila la tinggalkan komen..
Terima kasih..